Mengenai Jurnal Sejarah Lisan Malaysia
JSLIM telah diterbitkan oleh para pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod) bermula pada tahun 2017 dengan kerjasama dari pelajar-pelajar yang mengambil kursus Sejarah Lisan di mana para pelajar diselia oleh para pensyarah bagi menterjemahkan projek sejarah lisan yang mereka jalankan kepada penulisan artikel yang bermanfaat. Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil dari temubual yang dijalankan oleh para pelajar bersama tokoh-tokoh yang terpilih dalam pelbagai bidang telah diolah dan dianalisa bagi membantu para pelajar menghasilkan artikel yang bermutu yang akan diterbitkan di dalam JSLIM